Kejap lagi aku kena pergi KLCC nih,tapi aku tak boleh tido lah pulak.rokok aku dah lah habis,nak turun bawah beli rokok tak rajin pulak.aku dah bosan tahap boleh bunuh diri ni,so aku pun bukak balik laptop and update blog.biasalah student,dah takde benda nak buat blog pun cun jugak.seronok tau blogging,dari menghabiskan masa berchatting tah ape ape kan ? hehe.
“hye you tengah buat ape,dah makan ke,dah minum ke,sihat ke and blablabla”
Ini lah ayat yang biasa seorang kaki chatter selalu guna,haha bosan lah.aku syorkan baik korang tulis blog,best tau blogging ni.korang boleh share ape ape je yang korang nak,hehe.
Okay hari ni kelas Human Resources Management takde,waahh indahnya.aku bukan tak suka kelas or lecturer dia,tapi aku tak suka sebab kelas tu from 5.45 till 6.45 petang.haa sape rajin nak pergi time time macam tu,macam tak rajin je kan.hmm tapi macam mane pun,aku tak pernah skip lagi kelas tu.woo congrats to myself,good baba good.miss mai(my HR lecturer) cakap,terharunyaa akuu..
“baba ni bagus,hari hari datang kelas saya.”
Well,untuk KLCC kejap lagi aku dapat rasa yang aku mesti bertekak punya ngan minah tu.aku tak tau aku akan bertekak pasal apa,tapi aku macam boleh rasa bila aku nak bertekak ngan minah tu.sumpah aku rasa macam aku akan bertekak ngan dia jap lagi,pelik sial aku.selalunye orang lain boleh rasa benda tak elok nak jadi,tapi aku bila nak bertekak ngan dia aku boleh rasa.pelik siot,sebenarnya sense ni aku dah lama dapat since aku kenal dia.mungkin aku ngan dia memang tak boleh kawan kot,itu tak kena ini tak kena.masalah,oh masalah.aku tak kisah sangat sebab walaupun dia selalu bertekak ngan aku,dia tak pernah pun tikam aku dari belakang.tak tau lah kalau ada,kalau ada aku doakan dia kena balik je. >:)
“a true friends will stab us from the front not from the back.”
Sekarang ni pukul 3.30 weh,haha aku tak tido lagi.tak boleh tido weh,dah macam macam skill aku buat still tak boleh lelap lagi.tadi bukan main terkebil kebil lagi mata ni,tapi bila tubuhku dah bertemu dengan tilam n bantal yang busyuukk(comel tak? haha),jadi tak boleh tidur lah pulak.ya Allah tolong lah tidurkan aku sekejap je sampai pukul 6 sahaja,hmm.badan aku sakit gila weh,sebab aku dah telan ubat tidur tapi aku tak tidur pulak.aku tak tau kenapa tak boleh tidur,selalunya bukan main nyenyak lagi.bak kata roommate aku,
“ba,kau dah immune ngan ubat tidur tu.kau dah la makan sampai 6 bijik satu hari,kalau lepas ni kau makan 1 bijik confirm tak rasa ape.aku rasa kau dah ketagih ubat tidur ni ba,baik kau stop.ubat tidur ni bagi tulang reput doh ba.”
Sumpah aku pun rasa aku ketagih doh,aku dah cuba stop kot.dah dekat nak seminggu aku tak makan ubat tidur ni,tetiba tadi pulak aku teringin.aduhai,ini lah dia kelemahan aku.kalau takde orang nak halang aku,mesti aku pakai buat je ape aku nak.sekarang aku dah menyesal sikit sebab aku selalu rasa sakit sakit badan,aku rasa mungkin efek dari ubat tidur tu lah kot.Sekarang aku makan tak ngantuk,tapi badan jadi lemah gila.lemah je lebih tapi tak boleh tido,hmm.Sumpah aku tanak amik ubat tu dah,okay aku buang sekarang.ubat tidur tu dah macam dadah aku lah pulak,hmm tak sangka manusia normal macam aku boleh ketagih kat ubat tidur.mane tak nya,bila kau telan ubat tidur pastu kau tidur sumpah syurga weh,rasa nyenyak gila babi kot.hehe,korang jangan try pulak.
Mak aih,dah panjang ni aku tulis.aku pun dah tak tau ape aku tulis,actually aku tulis spontan je.haha.jangan nak double check lah,memang aku tak rajin.eh aku lelaki mestilah ada sifat malas sikit,eh biasalah tu.korang,kalau aku ada salah tulis tu diam diam je lah okay.rajin pulak aku nak memperbetulkan,hehe.bak kata orang,kesalahan yang lepas kita jadikan pengajaran untuk hari ini.tapi ape kena mengena ngan ejaan doh,haha pergi lah mampus.damn lah,tak boleh tido lagi weh !
p/s : kalau aku mati sebab terlebih ubat tidur,sory lah kawan.hehe sayang korang, :D