you can exit the way you entered

aku dah tak boleh nak tahan dia punya perangai,makin menjadi jadi.kejap macam ni,kejap macam tu.aku pun tak tau selama ni macam mane aku boleh tahan,tapi akhirnya harini aku give up jugak dengan perangai dia.aku tahan dengan perangai dia lama lah jugak,dekat nak setahun dah kot.sekarang bila aku dah sedar,baru aku tau tak semua kawan baik kita ni pandai jaga perasaan kita.ada jugak yang main mainkan kita,dasyat betul manusia zaman sekarang ni.

walau kita jahat macam mana pun,janganlah mainkan perasaan KAWAN kita.kalau TERusik,buat buat lah mintak maaf.bukannya,

sudah tersalah ludah,diludahnya lagi.

sebenarnya aku sayang gila kat dia,apa dia suruh aku buat je.aku memang layan dia macam awek aku lah even dia tak pernah pun sayang aku,tapi inilah yang aku dapat akhirnya kerana terlampau bodoh.biarlah aku memang bodoh,aku sedar.harini aku sedih pasal dia,satu hari nanti aku harap dia boleh belajar sedih untuk kawan kawan dia yang betul betul sayang kat dia.

hari ni bagi dia senang untuk cari kawan,takpe kita tunggu untuk masa akan datang.